Monday, April 4, 2011

Banjir di Segamat 2011 (Marrybrown Segamat)

       Video ni sebenarnya dah lama terperuk dalam phone aku, tiba2 rasa nak upload pulak... Ini pun sebab member aku yang beriya-iya suruh aku upload. 

       Video ni mengenang kembali semasa aku berkerja di Marrybrown Segamat. Waktu tu member aku sorang ni yang mempelawa aku bekerja dengan dia setelah baru selesai tamat diploma, Thanks to Muhammad Fhakris bin Norizam and all ex-coworker.

       Peristiwa ni berlaku pada 30 Januari 2011 sehingga 31 Januari 2011. Aku akan ceritakan pengalaman aku satu persatu based on dari setiap video yg aku upload. Sorry la quality video suck.. phone murah katakan.

      Dia macam ni sebenarnya, pagi tu, aku masuk keje pagi, naik kereta dengan si Fhakris, sebab aku dgn Fhak dah agak dah mesti banjir punya, so kitorang tinggalkan superbike kitaorang kat rumah, pegi kerja naik kereta dan waktu tu hujan lebat. Hujan lebat tak berhenti walaupun dah tengah hari ktorg kerja... Then, dipendekkan cerita, Fhak dapat call dari rumah dia, tebing yang menyokong rumah dia selama ini sudah hampi roboh dihakis air. So, Fhak tanya aku, "nak balik tak?" aku cuma cakap, "ko balik jelah, pandai2 la aku nanti" the reason aku ckp mcm tu, mungkin waktu tu aku syg keje aku, aku tak balik la... lagi pun, klu aku balik, sape nak jaga department aku, dah la aku sorang time tu. So, Fhak balik meninggalkan aku.

      Pukul 5 petang. Waktu kerja aku dah tamat. Kat luar still hujan. Camner gua nak balik kan? Transport pun tak de. Kalau ade pun, sape nak hantar... Rumah aku dan Fhak, kami 2 org paling jauh dengan tempat kerja. So, aku rilek je dulu..... hmmmm....

     Pukul 6 petang. Segamat makin panik. Semua kedai tutup, aku dgn staff2 lain kemas kedai. Barang2 semua ktorg selamatkan letak kat tempat tinggi sikit. OK, abis kat situ.

     Hehehe... lepas kemas kedai, kitorang sempat main air kat luar dan semua staff bole balik, kedai kitorg tutup pukul 6.30. Then aku dapat call dari Fhak, dia ckp, dia sangkut kat Masjid Tenang. What? memang kusut la kepala aku. Rumah kat Kemelah, tapi sangkut kat Masjid Tenang. Aku difahamkan oleh Fhak, yang air kat Kemelah dah naik dan menutupi jalan. Waktu tu mmg aku terkejut, aku mula membayangkan tak de sape yang bole jadi hero datang ambik aku kat Marrybrown melainkan datang naik helicopter atau kenderaan amfibia.. haha... Tapi aku dapat maklumat Fhak selamat sampai kat rumah, keretanya parking kat Masjid Tenang bagi tujuan keselamatan. Manakala aku masih di Marrybrown. Cis!!!!!!!!!!!

    Dan aku perkenalkan Shahril, dia sangkut mcm aku jugak, jalan nak masuk ketempat dia naik air. Tapi dia ada option lain, tapi dia memilih nak temankan aku dengan yg lain. Respect beb member aku sorang ni. Sorang lagi Kamal, dia warga Nepal yang bekerja di Marrybrown dan last sekali Zul, dia orang Pahang. Kamal dan Zul stay kat hostel Marrybrown. Hehehe... nasib baik ada hostel ni. 

    Dan bermula lah pengembaraan kami berempat.

8:48 MALAM
       Ini video pertama aku shoot. Masa ni kami berempat saje2 jalan keluar tengok air. Video ni sebenarnya view jambatan kedua Segamat. Masa ni air paras buku lali je.


9:13 MALAM
      Actually view ni dari dalam Marrybrown, masa ni, jalan dah tak nampah dah... air dah naik paras betis. Kesian orang cina time.. sepatutnya dia raya cina esok... masing2 sibuk selamatkan diri dan rumah masing2. Anjing pun selamatkan diri. hehe.


9:16 MALAM
     Lokasi di dapur Marrybrown, kami kemas2 sikit dapur. Memang patut kena kemas, kalau tak nanti lemas. 
maksud aku lemas tu, barang yg ktorg kemas tu la yg buat bekalan makanan nanti.


9:44 MALAM
        Masa ni, kalau kat atas jalan raya tu.. air dah paras lutut, kalau kat koridor Marrybrown, air dah sampai buku lali.  Kitorang terus lagi kemas Marrybrown kali ni di bantu Zul.


9:49 MALAM
       Perut dah mula lapar, kitaorang dah mula memikirkan ape yang patut kita sediakan untuk bekalan makanan. Hehe... tak pasal2 makan mee kari Marrybrown.
      Aku temankan Shahril  pegi 7Eleven berdekatan bagi mendapatkan bekalan hidup, namun keputusannya hampeh. Hahaha... padan muka Shahril. Perkenalkan sorang lagi watak sampingan. Najib 7E.

10:30 MALAM
        Lokasi pada awalnya di tingkat atas Marrybrown (Hostel). Kitaorang turun bawah sebab nak bagi nugget yang ktorang ada masak kat atas untuk bagi Staff company (Edutex) sebelah Marrybrown ni yang senasib seperti kami sangkut didalam banjir. Kalau perasan ade sejibik EX5 member kita kasi bawak naik atas, bagi menggambarkan betapa daruratnya keadaan waktu itu. Lepas tu, kitorang masuk jap kedalam Marrybrown. 

10:36 MALAM
       Video ni nampak la sikit annoying si Kamal ni haha... biasa la, bukan selalu Segamat naik air. Kami diserang oleh bunyi ikan dolphin. Air kat koridor dah paras lutut, kalau kat jalan raya paras perut la. hahaha... awesome! Kitorang dah masak actually cuma makan je belum. Pastu kami semua naik atas dan aku sempat kacau orang yang cuba selamatkan diri menggunakan bulldozer.

10:50 MALAM
         Video ni penting, aku dgn Kamal turun bawah bagi memeriksa keadaan didapur iaitu nadi Marrybrown. Kamal call boss ktorg, tapi hampeh la. Kamal bawak telefon tu naik atas.

12:01 PAGI
         Video ni gelap sikit, lokasi dapur Marrybrown. Air kat dapur paras lutut, kalau terdengar aku batuk tu, sebenarnya aku terhidu something.. aku tak pasti gas ape..

12 :10 TENGAHARI
        Haha.. video ni penting beb, sebab ni 1st time kitaworang tengok keadaan MB waktu siang, bermodalkan perut yang sentiasa lapar, kami terus mencari bahan utk dimakan. Woooriaaghh!!!

2:00 PETANG
          Video ni lagi penting dari video2 lain, mana la tau kami betul2 mampos ditelan dek zomba, ini video bukti kami sepanjang banjir. Masa ni, dah siap masak, tinggal nak makan jer. Kali pertama videographer and narrator tunjukkan muka (aku la tu) haha muka x mandi. standard la.

2:37 PETANG
           Shahril selalu datang dgn idea dia yang gila, so dia buat sebijik 'bot' bertujuan utk bantuan menyelamatkan kami. Kalau2 ada polis yg naik bot kehulu kehilir jumpa boat Shahril ni. Ridiculuos and awesome job bro.

3:01 PETANG 
          Masa ni launching bot, x bole buat apa la.. Shahril gak kena turun lagi. Sebab keje aku teruskan merakam. So jangan terkejut la kalau nampak sekor badak tengah berendam. (Najib 7E) *rujuk video 9:49 malam.

         Aaaaaaa... aku ada benda tak best nak bagi tau, setakat ni, ini jelah video yang ada. Sebab aku handphone aku pun dah nak abis bateri. Kena save2 sikit la bantuan pun belum sapai lagi, hero pun belum muncul nak roger2, elektrik pun tak de. So, cerita ni abis kat sini la. BTW aku dapat jugak keluar akhirnya dari kepompong banjir tu pada sebelah malam.

TAMAT






No comments:

Post a Comment