Tuesday, May 3, 2011

Kucing Jalanan

          Satu benda yang menarik perhatian aku sekarang. Sebenarnya dah lama aku nak buat benda ni, cuma baru sekarang aku buat, time cuti je la dapat buat. Aku cuba mendekatkan diri dengan masalah kucing jalanan. So, daripada aku habiskan duit yang tak patut, baik aku bagi perhatian pada kucing2 ni. Nampak macam mengarut, tapi ini realiti sebenar, kucing juga makhluk ciptaan tuhan, sama seperti kita cuma kita diberi kelebihan, iaitu otak. Kadang2 aku terfikir, kita selesa tinggal dirumah, sedangkan dia tiada tempat berteduh. Apatah lagi mencari sumber makanan, aku harap whiskas yang aku bawak ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kelaparan kucing2 diluar tu.


Comelkan? korang nak kucing ni kena lanyak kereta? bawak la dia balik rumah, bagi makanan, tempat tinggal, perubatan dan kasih sayang. Dia macam kita juga.


Hah?  Makcik/Pakcik buta minta kau sedekah masa kau tengah makan? Peminta sedekah meraih simpati dengan kau? Tapi kau tak pasti  kemana duit tu pergi? baik kau beli whiskas, bagi kat kucing ni.


Sedang kau selesa tidur kat bilik dengar lagu, pasang kipas/aircond, apa kata kau bawak sekali kucing hidup selesa dengan korang.


Nabi Muhammad SAW pun sayang kucing :)

Ini ada link FB/Blog yang bole korang buat bahan rujukan. Sama sama la kita beramal. Moga-moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin :)

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda, yang ertinya: “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”




Paper Craft

            Sekarang aku dah start nak main benda-benda mcm ni. Cute Sangat. 1st, download dari inernet fail pdf. Pastu aku beli kertas tebal saiz A4, then pegi kedai, print dengan high quality. Sediakan semua peralatan seperti gunting, pisau dan gam, pastu mulakan la dgn hati-hati, jangan ada yang terluka dan berlaku pembaziran. Selamat mencuba. Main la sekali benda ni dengan aku. :)






Korang pun main la ni... best tau :)
           

Saturday, April 30, 2011

Modern Flashback 8th Anniversary 8th January 2011

        Sebenarnya, aku nak tunjuk video aku nyanyi lagu Johnny be good je. Huawawawawa.... Terima kasih yg datang support The Caesar.

Monday, April 4, 2011

Banjir di Segamat 2011 (Marrybrown Segamat)

       Video ni sebenarnya dah lama terperuk dalam phone aku, tiba2 rasa nak upload pulak... Ini pun sebab member aku yang beriya-iya suruh aku upload. 

       Video ni mengenang kembali semasa aku berkerja di Marrybrown Segamat. Waktu tu member aku sorang ni yang mempelawa aku bekerja dengan dia setelah baru selesai tamat diploma, Thanks to Muhammad Fhakris bin Norizam and all ex-coworker.

       Peristiwa ni berlaku pada 30 Januari 2011 sehingga 31 Januari 2011. Aku akan ceritakan pengalaman aku satu persatu based on dari setiap video yg aku upload. Sorry la quality video suck.. phone murah katakan.

      Dia macam ni sebenarnya, pagi tu, aku masuk keje pagi, naik kereta dengan si Fhakris, sebab aku dgn Fhak dah agak dah mesti banjir punya, so kitorang tinggalkan superbike kitaorang kat rumah, pegi kerja naik kereta dan waktu tu hujan lebat. Hujan lebat tak berhenti walaupun dah tengah hari ktorg kerja... Then, dipendekkan cerita, Fhak dapat call dari rumah dia, tebing yang menyokong rumah dia selama ini sudah hampi roboh dihakis air. So, Fhak tanya aku, "nak balik tak?" aku cuma cakap, "ko balik jelah, pandai2 la aku nanti" the reason aku ckp mcm tu, mungkin waktu tu aku syg keje aku, aku tak balik la... lagi pun, klu aku balik, sape nak jaga department aku, dah la aku sorang time tu. So, Fhak balik meninggalkan aku.

      Pukul 5 petang. Waktu kerja aku dah tamat. Kat luar still hujan. Camner gua nak balik kan? Transport pun tak de. Kalau ade pun, sape nak hantar... Rumah aku dan Fhak, kami 2 org paling jauh dengan tempat kerja. So, aku rilek je dulu..... hmmmm....

     Pukul 6 petang. Segamat makin panik. Semua kedai tutup, aku dgn staff2 lain kemas kedai. Barang2 semua ktorg selamatkan letak kat tempat tinggi sikit. OK, abis kat situ.

     Hehehe... lepas kemas kedai, kitorang sempat main air kat luar dan semua staff bole balik, kedai kitorg tutup pukul 6.30. Then aku dapat call dari Fhak, dia ckp, dia sangkut kat Masjid Tenang. What? memang kusut la kepala aku. Rumah kat Kemelah, tapi sangkut kat Masjid Tenang. Aku difahamkan oleh Fhak, yang air kat Kemelah dah naik dan menutupi jalan. Waktu tu mmg aku terkejut, aku mula membayangkan tak de sape yang bole jadi hero datang ambik aku kat Marrybrown melainkan datang naik helicopter atau kenderaan amfibia.. haha... Tapi aku dapat maklumat Fhak selamat sampai kat rumah, keretanya parking kat Masjid Tenang bagi tujuan keselamatan. Manakala aku masih di Marrybrown. Cis!!!!!!!!!!!

    Dan aku perkenalkan Shahril, dia sangkut mcm aku jugak, jalan nak masuk ketempat dia naik air. Tapi dia ada option lain, tapi dia memilih nak temankan aku dengan yg lain. Respect beb member aku sorang ni. Sorang lagi Kamal, dia warga Nepal yang bekerja di Marrybrown dan last sekali Zul, dia orang Pahang. Kamal dan Zul stay kat hostel Marrybrown. Hehehe... nasib baik ada hostel ni. 

    Dan bermula lah pengembaraan kami berempat.

8:48 MALAM
       Ini video pertama aku shoot. Masa ni kami berempat saje2 jalan keluar tengok air. Video ni sebenarnya view jambatan kedua Segamat. Masa ni air paras buku lali je.


9:13 MALAM
      Actually view ni dari dalam Marrybrown, masa ni, jalan dah tak nampah dah... air dah naik paras betis. Kesian orang cina time.. sepatutnya dia raya cina esok... masing2 sibuk selamatkan diri dan rumah masing2. Anjing pun selamatkan diri. hehe.


9:16 MALAM
     Lokasi di dapur Marrybrown, kami kemas2 sikit dapur. Memang patut kena kemas, kalau tak nanti lemas. 
maksud aku lemas tu, barang yg ktorg kemas tu la yg buat bekalan makanan nanti.


9:44 MALAM
        Masa ni, kalau kat atas jalan raya tu.. air dah paras lutut, kalau kat koridor Marrybrown, air dah sampai buku lali.  Kitorang terus lagi kemas Marrybrown kali ni di bantu Zul.


9:49 MALAM
       Perut dah mula lapar, kitaorang dah mula memikirkan ape yang patut kita sediakan untuk bekalan makanan. Hehe... tak pasal2 makan mee kari Marrybrown.
      Aku temankan Shahril  pegi 7Eleven berdekatan bagi mendapatkan bekalan hidup, namun keputusannya hampeh. Hahaha... padan muka Shahril. Perkenalkan sorang lagi watak sampingan. Najib 7E.

10:30 MALAM
        Lokasi pada awalnya di tingkat atas Marrybrown (Hostel). Kitaorang turun bawah sebab nak bagi nugget yang ktorang ada masak kat atas untuk bagi Staff company (Edutex) sebelah Marrybrown ni yang senasib seperti kami sangkut didalam banjir. Kalau perasan ade sejibik EX5 member kita kasi bawak naik atas, bagi menggambarkan betapa daruratnya keadaan waktu itu. Lepas tu, kitorang masuk jap kedalam Marrybrown. 

10:36 MALAM
       Video ni nampak la sikit annoying si Kamal ni haha... biasa la, bukan selalu Segamat naik air. Kami diserang oleh bunyi ikan dolphin. Air kat koridor dah paras lutut, kalau kat jalan raya paras perut la. hahaha... awesome! Kitorang dah masak actually cuma makan je belum. Pastu kami semua naik atas dan aku sempat kacau orang yang cuba selamatkan diri menggunakan bulldozer.

10:50 MALAM
         Video ni penting, aku dgn Kamal turun bawah bagi memeriksa keadaan didapur iaitu nadi Marrybrown. Kamal call boss ktorg, tapi hampeh la. Kamal bawak telefon tu naik atas.

12:01 PAGI
         Video ni gelap sikit, lokasi dapur Marrybrown. Air kat dapur paras lutut, kalau terdengar aku batuk tu, sebenarnya aku terhidu something.. aku tak pasti gas ape..

12 :10 TENGAHARI
        Haha.. video ni penting beb, sebab ni 1st time kitaworang tengok keadaan MB waktu siang, bermodalkan perut yang sentiasa lapar, kami terus mencari bahan utk dimakan. Woooriaaghh!!!

2:00 PETANG
          Video ni lagi penting dari video2 lain, mana la tau kami betul2 mampos ditelan dek zomba, ini video bukti kami sepanjang banjir. Masa ni, dah siap masak, tinggal nak makan jer. Kali pertama videographer and narrator tunjukkan muka (aku la tu) haha muka x mandi. standard la.

2:37 PETANG
           Shahril selalu datang dgn idea dia yang gila, so dia buat sebijik 'bot' bertujuan utk bantuan menyelamatkan kami. Kalau2 ada polis yg naik bot kehulu kehilir jumpa boat Shahril ni. Ridiculuos and awesome job bro.

3:01 PETANG 
          Masa ni launching bot, x bole buat apa la.. Shahril gak kena turun lagi. Sebab keje aku teruskan merakam. So jangan terkejut la kalau nampak sekor badak tengah berendam. (Najib 7E) *rujuk video 9:49 malam.

         Aaaaaaa... aku ada benda tak best nak bagi tau, setakat ni, ini jelah video yang ada. Sebab aku handphone aku pun dah nak abis bateri. Kena save2 sikit la bantuan pun belum sapai lagi, hero pun belum muncul nak roger2, elektrik pun tak de. So, cerita ni abis kat sini la. BTW aku dapat jugak keluar akhirnya dari kepompong banjir tu pada sebelah malam.

TAMAT






Tuesday, August 17, 2010

Kisah silam aku Part 1

Dulu form 1 ade sorang amoi yg aku mmg adored, dia suh aku ajar dia speaking (aku pun tungang langgang)... satu hari amoi ni pinjam aku punya dictionary, lepas 3 hari pinjam x pulang, aku rasa x sedap hati... maka, time rehat aku cari la amoi tu... dia ckp, "dictionary awk sudah dah hilang maaa..." aku waktu mmg gentlemen aku ckp, "x per, its okay, not your faul"... Pastu dia bagi la aku dictionary chinese-english sbgai ganti bt sementara.. WTF!!!!

Pastu Miss Daisy (teacher BI aku yg terkenal dgn kata2 schyco dia dan rambut maggi) Miss Daisy pun masuk kelas... dalam hati aku "Ah! sial!!!" setiap kali Miss Daisy masuk, dictionary mesti ade kat atas meja... dipendekkan cerita, Miss Daisy terus tanya aku "Jamalullail, where yours dictionary?" aku jawab, "ade la..." dia pun start mengajar... aku pun keluarkan 'dictionary' aku pelahan-lahan... ntah mcm mane time tu aku bole x prasan, Miss Daisy kat belakang aku!!!!! $%$*%^#%$^%*&^%&%%^ di pendekkan cerita, aku menjadi bahan kerana kecuaian amoi tu...

Tapi lepas tu, amoi tu bagi aku dictionary baru jugak, disampul dgn sampul yg cantik... aku pun x tau ape motif amoi tu sampul sampai cantik2, kat umah aku koyak2kan jugak sampul tu.... :)