Tuesday, May 3, 2011

Kucing Jalanan

          Satu benda yang menarik perhatian aku sekarang. Sebenarnya dah lama aku nak buat benda ni, cuma baru sekarang aku buat, time cuti je la dapat buat. Aku cuba mendekatkan diri dengan masalah kucing jalanan. So, daripada aku habiskan duit yang tak patut, baik aku bagi perhatian pada kucing2 ni. Nampak macam mengarut, tapi ini realiti sebenar, kucing juga makhluk ciptaan tuhan, sama seperti kita cuma kita diberi kelebihan, iaitu otak. Kadang2 aku terfikir, kita selesa tinggal dirumah, sedangkan dia tiada tempat berteduh. Apatah lagi mencari sumber makanan, aku harap whiskas yang aku bawak ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kelaparan kucing2 diluar tu.


Comelkan? korang nak kucing ni kena lanyak kereta? bawak la dia balik rumah, bagi makanan, tempat tinggal, perubatan dan kasih sayang. Dia macam kita juga.


Hah?  Makcik/Pakcik buta minta kau sedekah masa kau tengah makan? Peminta sedekah meraih simpati dengan kau? Tapi kau tak pasti  kemana duit tu pergi? baik kau beli whiskas, bagi kat kucing ni.


Sedang kau selesa tidur kat bilik dengar lagu, pasang kipas/aircond, apa kata kau bawak sekali kucing hidup selesa dengan korang.


Nabi Muhammad SAW pun sayang kucing :)

Ini ada link FB/Blog yang bole korang buat bahan rujukan. Sama sama la kita beramal. Moga-moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin :)

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda, yang ertinya: “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”




2 comments: